
 |
 |
|
|
|
Apr 13, 2006
Peringatan Buat Diri ana Seindah hiasan adalah wanita solehah Wanita solehah itu aurat dijaga, Pergaulan dipagari, Sifat malu pengikat diri, Seindah hiasan di dunia ini,
Keayuan wanita solehah itu Tidak terletak pada kecantikan wajahnya, Kemanisan wanita solehah Tidak terletak pada kemanjaannya, Daya penarik wanita solehah itu Bukan pada kemanisan bicaranya yang menggoncang iman para muslimin Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah Memujuk rayu Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama, Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandangan dari segala aspek Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya, Itupun seandainya hati itu bersih untuk dinilai, Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran, Kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman, Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman, Agar diri kita bersih dan sentiasa mendapat rahmat Ilahi,
Wahai wanita jangan dibangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai, Kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu, Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu, Kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu, Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu, Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikan parasnya, Bersyukurlah atas apa yg ada Serta berusaha demi keluarga, bangsa, dan agama, Salam perjuangan untuk sahabatku semua...
Posted at 08:46 pm by azajalaluddin
Permalink
Mar 12, 2006
Nama Iblis Laknatullah
Tarikh kelahiran Bermula daripada keengganannya sujud kepadaNabi Adam a.s. Pejabat operasi Tandas, bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat
Status diri Fasik kelas pertama Rakan kongsi Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan manusia
Agama Kufur. Sumber pendapatan Segala harta yang diperolehi dengan jalan haram dan riba
Tempat tinggal di dunia Hati-hati mereka yang lalai Jenis perkhidmatan Menggalakkaan manusia mengerjakan kemungkaran dan kederhakaan terhadap Allah
Tempat tinggal di akhirat Neraka Jahannam Tempoh perkhidmatan Sehingga hari kiamat
Kawasan Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah Matlamat Perjalanan Membawa setiap makhluk ke Neraka Jahannam
Arah perjalanan Tiada haluan dan bengkang bengkok Teman Sejawat Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran
Isteri di dunia Setiap wanita yang tidak menutup aurat dan mentaati Allah, Rasul dan suaminya Ganjaran Dosa dan kemurkaan Allah
Kaum kerabat Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah Berkomunikasi dengan Orang yang suka mengumpat, mencaci memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam
Modal pusingan Angan-angan kosong Makanan kegemaran Daging orang mati dan segala najis dan kotoran
Tempat pertemuan Pasar-pasar Yang ditakuti Orang mukmin yang bertakwa, beriman, dan beramal
Musuh ketat Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa Yang dibenci Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah
Motto kerja 'Hipokrasi asas akhlak' Alat perangkap Wanita cantik, model, pelacur, peragawati dan sebagainya
Kesukaannya Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkannya Saat ajal Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak
Cita-cita Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir Janji-janji Janji kosong, angan-angan dan tipu daya
Kelemahannya Bila orang membaca Istighfar Yang membuatnya menangis Bila orang sujud kepada Allah s.w.t
Lambang Sebarang tatu
Posted at 06:34 am by azajalaluddin
Permalink
Mar 6, 2006
Ader seorang guru tadika yg tidak percaya wujudnya tuhan dan die pun berfikir bagaimana nak brain wash kanak2 di tadika tsebut supaya tak percaya wujudnya tuhan. Die pun mendapat satu akal...
Guru tadika : Anak2,nampak tak pen ni. Anak2 : Nampak cikgu. Guru tadika : Pen ade kan. Anak2 : Ader cikgu.
kemudia guru tadika tadi memasukkan pen tu dalam poket die, kemudian bertanya lg..
Guru tadika : Anak2,nampak tak pen? Anak2 : tak nampak cikgu. Guru tadika : pen ade tak? Anak2 : takder cikgu.
Guru tadika: Anak2 nmpk tuhan tak? Anak2 : tak nampak cikgu. Guru tadika : tuhan ader tak? Anak2 : takder cikgu.
Guru tadika td sgt gembira sbb tujuan die nak brain wash otak budak2 tu berjaya.Ttp dlm byk2 bdk tu ader seorg bdk yg pintar,dan die minta pun mengangkat tgn...
Bdk A : Cikgu bleh sy ckp sesuatu. Guru tadika : Bleh,mari ke depan.
Bdk A : kwn2 nmpk cikgu tak. Kwn2 : nampak. Bdk A : cikgu ader! kan? Kwn2 : ader.
Bdk A : kwn2 nmpk otak cikgu tak? Kwn2 : tak nampak. Bdk A: cikgu ader otak tak? Kwn2 : tak ader.
Moral of the story , bila tak nampak, tak semestinya takdak! sayangi agama kita dengan 'amar ma'ruf dan nahi mungkar, kalau tidak kita, siapa lagi...
"camana nak didiik anak jadik cantu ha??"
Posted at 12:39 am by azajalaluddin
Permalink
Feb 27, 2006
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.
"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin... .
....RENUNGKAN BESAR MANA PENGORBANAN KITA UNTUK MEMBELA NABI.
Posted at 10:20 pm by azajalaluddin
Permalink
Feb 23, 2006
KISAH HIDUP KAMAL ATARTUK!
Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal "Atartuk" iaitu IDEOLOGI KAMAL ATARTUK DI Turki. Sama-samalah kita ambil ikhtibar dari kisah ini. Atartuk" merupakan gelaran Barat kpd beliau sebagai "Bapa Pemodenan Turki".
1.. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2.. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tie dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
3.. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4.. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden"
5.. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6.. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7.. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8.. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9.. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan
10..Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11..Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12..Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13..Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14..Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15..Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16..Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam
17..Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18..Menganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?". Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan". Beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.
KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah
1.. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2.. Sakit jantung
3.. Penyakit darah tinggi
4.. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu- pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya mati. Sewaktu beliau mati, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya . Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama Etna Grafi (kalau tak silap dengar) Ankara selama 15 tahun sehingga tahun 1953).
Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke Bukit Canakalee ditanam dalam satu binaan mar-mar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu mar-mar. Apa yang lebih menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"
Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui (Wallahuwa'lam).
Posted at 04:19 pm by azajalaluddin
Permalink
Feb 22, 2006
MANUSIA PERLUKAN PERUBAHAN...
Assalamualaikum wbt......Yg baik datang dr ALLAH.....yg buruk tu adalah kelemahan diri saya sendiri....
Umpamanya;
1) Dari bujang -- kahwin No 1 -- no.2 -- No 3 -- DLL. 2) Dari pakai kapcai --- kancil -- Honda--- BMW----nye.. 3) Badminton ---- Tennis --- Golf ---- 4) Rumah sewa -- rumah murah -- teres -- bunglow... 5) Supervisor -- engineer --- manager -- GM--- 6) Tv 14' --- 21" --- 42" ---- Home theatre... 7) Port dickson --- Langkawi --- Bangkok --- New York.. 8) Mancing parit --- kolam bayar--- laut dalam (sewa bot mewah)..
Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour
TETAPI... KITA JUGA LUPA... SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA....
DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBERIAN TUHAN..."ON LOAN"...
SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH "PERSEDIAN UNTUK MATI"
Umpamanya
1) tak sembahyang ---- pastikan solat---jadikan amalan....
2) banyak maksiat ----- tinggalkan/kurangkan ----- hapuskan...
3) New York---- madinah ---- mekah---
4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/
5) solat sorang --- berjemaah --- solat di surau/masjid.... 6) 5 jam sehari menonton TV --- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU.. 7) 3 jam baca akhbar/majalah/internet --- 2 jam majalah/akhbar/internet & 1 jam membaca AL-QURAN /selawat , zikir. 8) Apa apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.
Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL IMPROVEMENT banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA.
Perkara berkaitan AKHIRAT slowly di ketepikan.... Contohnye:
Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur........hilang waktu (kerja lagi penting....dari solat)
Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE/DISCO... sekarang.. bila tuhan beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa...
Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan kita dan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, DLL.
Jadi sama-samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.
Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun..
Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan... dengan sebaik mungkin..
Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya..lama.......lamanya.......infiniti...
Semuga Allah terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat. 1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin. 2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus. 3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina. 4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka. 5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat. 6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik (wangi). 7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah S.A.W:
"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:- 1. Orang-orang yang mati syahid. 2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan. 3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama. Wassallam.
p/s: Kalau rajin.....Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati
Posted at 10:36 pm by azajalaluddin
Permalink
Feb 21, 2006
Pemuda :Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Kiyai :Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda :Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Kiyai :Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda :Saya ada 3 pertanyaan:-
1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya 2.Apakah yang dinamakan takdir 3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab merekamemiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauhitu?
Tiba-tiba Kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.
Pemuda (sambil menahan sakit) :Kenapa anda marah
kepada saya?
Kiyai :Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda :Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Kiyai :Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda :Tentu saja saya merasakan sakit.
Kiyai :Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda :Ya!
Kiyai :Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda :Saya tidak boleh.
Kiyai :Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Kiyai :Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak.
Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak.
Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.
Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda : Kulit.
Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.
Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.
Posted at 05:54 am by azajalaluddin
Permalink
Semasa hayat Hasan al-Banna, beliau pernah berhadapan dengan suatu peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan. Ahli Jemaah di sebuah masjid bertelagah soal rakaat Solat Tarawih, sama ada patut dibuat lapan atau dua puluh rakaat. Suasana begitu tegang sehingga timbul bahasa-bahasa yang keras.Akhirnya, apabila Hasan al-Banna muncul, beliau ditanya oleh mereka yang bertelagah itu, mana satukah pendapat yang betul dalam hal ini? Kata Hasan al-Banna, "apakah hukum solat tarawih dan apakah pula hukum menjaga kesatuan umat Islam?" Kata mereka, solat tarawih itu sunat, manakala menjaga kesatuan umat islam adalah wajib. Lantas Hasan al-Banna menjawab, "apakah kamu mahu mengorbankan kesatuan umat islam yang wajib itu hanya kerana soal solat terawih yang sunat?! Bagi yang mahu menunaikan lapan, tunaikan lapan, bagi yang mahukan 20, bebas juga berbuat demikian". Inilah yang saya maksudkan sebagai Jiwa Da'ie Otak Fiqh. Bagi kita yang berperanan sebagai Da'ie, perlu sentiasa ingat bahawa tugas kita adalah untuk mengumpulkan manusia seramai mungkin di bawah panji Islam. Untuk itu kita perlu mengamalkan suatu akhlak yang diajar oleh Nabi SAW untuk para Da'ie. Akhlak itu terpampang di dalam pelbagai peristiwa di zaman Nabi SAW dan hari ini, ia boleh disebut sebagai akhlak "Seek to Understand, Then to be Understood". Kita perlu belajar untuk memahami mad'u yang diseru dan bukannya siang malam pagi petang berleter marahkan orang ramai yang tidak faham-faham akan mesej Islam yang kita cuba bawa. Dalam isu Hasan al-Banna di atas, jiwanya sebagai seorang Da'ie tidak melihat perbalahan soal afdhaliyyah Solat Terawih sebagai soal hukum atau masalah nas. Masalah yang berlaku di masjid berkenaan adalah masalah SIKAP dan CARA BERFIKIR. Ini bukannya masalah yang boleh diselesaikan dengan melambakkan sebanyak mungkin nas al-Quran dan Hadith kerana dengan cara berfikir yang salah, tiada siapa yang mampu menghargai nas al-Quran dan Hadith. Inilah yang banyak berlaku di dalam masyarakat kita dan saya tidak menyalahkan orang ramai seandainya mereka 'bosan' dengan pendekatan para ustaz yang asyik menyelesaikan masalah dengan pendekatan 'hukumnya ialah..." Seorang Daie yang berjiwa Daie akan belajar untuk memahami mad'u yang diseru, sebelum dia boleh meletakkan harapan agar mad'unya memahami dakwah yang dia bawa. Mari kita semua bertafakur di KLCC Suria or One Utama Shopping Complex selama 30 minit dan ukurlah berapa jarak manusia di situ dengan mimbar-mimbar masjid dan 'usrah' kita. Pernahkah kita menilai sudah berapa jauhkah masyarakat kita berubah dan sudah berapa jauhkan kita mengubah pendekatan dakwah kita untuk mengejar perubahan masyarakat? Saya selalu terkenang dialog saya dengan seorang anak gadis kita yang telah 10 tahun membesar di England. Semenjak usianya 10 tahun dan kini telah 20, beliau dibesarkan di Boarding School, jauh dari alam Melayu malah Islam barangkali. Dia mengajukan soalan kepada saya, "do you believe in wearing scarf for Muslim girl? I don't believe in wearing scarf. If God doesn't want us to show our hair, then He will create us hairless!" Soalannya amat provokatif. Dia juga bertanya soal kenapa mesti solat, kenapa tak boleh bela anjing di rumah dan sebagainya. Seandainya saya mengambil pendekatan jiwa Fiqh otak Da'ie, mungkin saya akan menjelaskan hukum perempuan memakai tudung, tujuannya menurut al-Quran, ayat-ayat dari surah al-Ahzab dan an-Noor dan 1001 penjelasan yang disambut dengan menguap gadis tadi bersama abangnya yang senasib. Akhirnya saya akan kagum dengan diri sendiri terhadap betapa banyakkan dalil yang berjaya saya ingat dan bentangkan dengan fasih! Tetapi saya cuba membawa gadis tersebut ke persoalan pokok. Saya sebutkan kepada gadis tadi, "semua soalan anda tadi adalah persoalan kelapan dan kesembilan kita. Ada persoalan awal yang perlu diselesaikan terlebih dahulu". "Oh begitu. Baik, apa persoalan utama awak?", tanya gadis tadi. "Menyelesaikan persoalan TUJUAN HIDUP!" jawab saya. "Penting sangatkah nak tahu tentang tujuan hidup?", tanyanya lagi. "Cuba awak bayangkan, kita adakan permainan bola sepak, tetapi di padang bola tiada tiang gol! Atau awak main golf tetapi tidak tahu di mana lubangnya. Apa rasanya kalau awak terlibat dalam permainan seperti itu?", saya menguji. "Silly game.. mengarut!", ujarnya sambil tersengih. "Well, kita mungkin ketawakan mereka yang main bola atau golf begitu, tetapi sebenarnya kita sedang ketawakan ramai manusia yang hidupnya tiada tiang gol dan tiada lubang golf. Kalau kita tak tahu tujuan hidup kita yang sebenar, bagaimana kita nak fokus dan membuat prioriti? Saya yakin saudari boleh setuju bahawa kegagalan untuk fokus dan membuat prioriti, pasti mengundang kegagalan. Betul tak?", saya meneruskan perbualan. "I can agree on that, jadi soalannya sekarang ialah, apa tujuan hidup awak?", beliau bertanya lagi. "Hmm, awak rasa, saya ada ke jawapannya? Awak ada jawapannya? Apa yang awak nak capai dalam hidup awak?", saya pula memberikan soalan bertubi-tubi saya. "Saya nak berjaya dalam kerjaya dengan pendapatan millions per year", katanya dengan yakin. "Bagi kita yang belum dapat pendapatan begitu, mungkin kita sangka itu tujuan hidup kita. Tapi bagi yang dah dapat, macam jutawan-jutawan dunia yang kita kenal, ketika mereka sampai ke puncak yang didaki, rupa-rupanya jiwa mereka masih kosong dan mereka masih terus bertanya, apakah untuk ini aku hidup? Akhirnya ramai di kalangan mereka yang bunuh diri atau sekurang-kurangnya gagal dalam rumahtangga. Awak rasa itu kejayaan ke?", saya bertanya kepadanya lagi. "Hmm...", sepi tanpa jawapan... "Saya rasa kita sama-sama tak ada jawapan sebab TUJUAN HIDUP kita telah ada sebelum kita lahir. Jika kita tanya lampu ni kenapa dia diciptakan, andai dia boleh menjawab, mungkin dia tak tahu kenapa dia berada di sini. Logiknya kita kena tanya kilang yang membuat lampu itu tadi. Dan kalau kita tanya ke kilang, mereka akan memberikan koleksi soalan dan jawapan di dalam sebuah KITAB bernama Instruction Manual. Begitulah juga dengan manusia. Jika mahu kepada jawapan, kenalah tanya kepada Tuhan yang menciptakan manusia iaitu Allah. Dan Allah telah memberikan kepada kita koleksi soalan dan jawapan di dalam Instruction Manual-Nya yang bernama..." "Al-Quran! What does the Quran say about our PURPOSE OF LIFE?", gadis tersebut mengacukan soalannya. "DAN tidaklah Aku jadikan Jin dan Manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepadaKu. Adz-Dzariyat 56". Jawabku. Lantas aku mengambil peluang untuk menjelaskan secara ringkas kepada beliau konsep ibadah dalam Islam. Bahawa selain solat dan ibadah khusus yang lain, apa sahaja pekerjaan yang kita lakukan jika memenuhi kriteria Islam, maka ia jadi ibadah. Dan akhirnya aku membuat kesimpulan berikut: "Andainya saudari boleh menerima hakikat yang kita perlukan Tuhan dalam hidup ini, maka barulah saya boleh menjawab soalan kenapa kita kena sembahyang. Kita perlu sembahyang kerana kita perlukan Tuhan dalam hidup ini. Dan jika saudari boleh setuju dengan kewajipan sembahyang, maka barulah saya boleh terangkan kenapa saudari kena pakai tudung. Jika kita mengadap Yang Di Pertuan Agung pun ada kod berpakaian, apatah lagi nak mengadap Allah di dalam sembahyang dan di luar sembahyang, tentunya kita kena bertudung kerana itu kehendak Dia. Dan jika awak setuju sampai ke situ, saya boleh jelaskan kenapa Islam tak benarkan kita bela anjing. Islam cuma mengajar, andai dijilat anjing, samaklah dengan air dan tanah. Tetapi Islam tidak pernah mengajar kita supaya membenci anjing dan memukulnya. Itu semua soal adat sahaja!" Alhamdulillah dalam tempoh sejam pertemuan saya dengannya, itulah hasil perbincangan kami. Walaupun kesannya saya tidak pasti tetapi sekurang-kurangnya saya sudah mencuba untuk menghadapi mad'u saya dengan Jiwa Daie Otak Faqih dan tidak sebaliknya. Gadis itu ada latar belakang keluarga yang berbeza. Dia bukan seperti saya dan kehidupan saya. Kerana itulah saya mesti terlebih dahulu cuba belajar untuk memahami keadaan dia sebelum memutuskan apakah pendekatan dakwah yang patut saya ambil. Andai saya hamburkan kemarahan atas provokasi gadis tadi, tentulah perbualan kami terhenti di situ dan saya sekadar menggelengkan kepala sambil tersenyum secara sacarstic, "inilah perangai bebudak sekarang!" Sempena kedatangan bulan Ramadhan ini, dan atas nostalgia peristiwa Hasan al-Banna itu, marilah kita bersama-sama mengutip mutiara pendakwah yang hilang iaitu "SEEK TO UNDERSTAND, THEN TO BE UNDERSTOOD".
Posted at 04:46 am by azajalaluddin
Permalink
|
|

|
|
|
|